Facebook Lite merupakan aplikasi Facebook untuk Android yang bersaiz sangat kecil dan dioptimasikan untuk pengguna dengan akses internet terhad serta telefon pintar berspesifikasi rendah.
Kini, walaupun ia ditujukan untuk peranti berspesifikasi rendah dan untuk mereka dengan akses internet terhad, pihak Facebook turut menawarkan pelbagai ciri-ciri terkini melaluinya, termasuk sokogan Facebook Stories.
Facebook Stories adalah kebolehan berkongsi gambar dan video yang hilang selepas tempoh 24 jam.
Ia boleh dikatakan akan menggunakan sedikit data yang tinggi berbanding kebiasaan kerana ciri perkongsian berkenaan – tetapi nampaknya pihak Facebook tidak inginkan pengguna Facebook Lite ketinggalan, serta pada masa yang sama ingin pengguna Facebook Lite turut berkongsi sama menggunakannya.
Bagi anda yang menggunakan Facebook Lite, mungkin boleh mengemaskini aplikasi anda, dan akan dapat ciri ini hadir padanya dalam masa terdekat ini.