Carian
Moto G5S Plus Dijangka Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 November
October 28, 2017 Aman

Lenovo Mobile Malaysia kini telah mula menghantar teaser meminta tandakan tarikh 6 November kelak untuk pelancaran peranti Motorola baru. Apakah peranti yang bakal dilancarkan adalah tidak dikatakan – tetapi kami menjangkakan ia adalah Moto G5S Plus.

Moto G5S Plus dijangka diposisikan sebagai pesaing Xiaomi Mi A1 – dan mungkin menawarkan harga yang lebih kurang sama.

Moto G5S PLus

Moto G5S Plus

Moto G5S Plus membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB, serta menggunakan dwi-kamera belakang 13-megapixel. Untuk rakaman selfie, ia dilengkapi kamera hadapan 8-megapixel.

Menariknya adalah ia turut hadir dengan sokongan antaramuka Android asli – yang mana mungkin diminati sejumlah pengguna seluruh dunia.

Buat masa ini, tarikh jualan dan harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan 6 November 2017 kelak untuk mengetahui lanjut mengenainya.

Komen