Apple Mengumumkan Sambutan Pengguna Ke Atas iPhone X Adalah Amat Tinggi

Apple Mengumumkan Sambutan Pengguna Ke Atas iPhone X Adalah Amat Tinggi

Diterbitkan pada Okt 28, 2017 oleh .

Tiga model iPhone dilancarkan tahun ini dengan iPhone X ialah yang paling didambakan peminat tegar Apple. Ini mengakibatkan jualan iPhone 8 menjadi suram dan mengakibatkan saham Apple menyusut. Usai pembukaan tempahan atas talian iPhone X beberapa hari yang lalu, Apple hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa sambutan pengguna terhadap peranti ini adalah amat tinggi.

Apple iPhone XSambutan agak tinggi sehingga ada pengguna melaporkan mereka akan hanya menerima iPhone X selepas menanti selama 5-6 minggu. Apple berjanji akan bekerja keras untuk memastikan setiap pelanggan akan menerima iPhone X secepat mungkin. Pada hari pelancarannya 3 November ini, Apple mengesahkan pelanggan masih boleh membelinya di luar talian dan dari rakan telekomunikasi di seluruh dunia.


TIPS & ULASAN