Qualcomm Mungkin Akan Mengumumkan Snapdragon 845 Disember Ini

Qualcomm Mungkin Akan Mengumumkan Snapdragon 845 Disember Ini

Diterbitkan pada Okt 28, 2017 oleh .

Kita sudah di bulan Oktober dan setakat ini antara pemproses paling berkuasa yang kami uji di makmal peranti Amanz ialah Qualcomm Snapdragon 835. Pemproses lapan teras ini digunakan pada OnePlus 5, HTC U11, Xiaomi Mi6 dan Nokia 8. Ia diperlihatkan secara rasmi di acara CES yang berlangsung Januari yang lalu.

Kini kedengaran ura-ura Snapdragon 845, pemproses yang menggantikan Snapdragon 835 akan diumumkan lebih apa pada Disember ini. Imej acara khas yang dianjurkan Qualcomm tertiris dan menunjukkan tarikh 4-8 Disember.

Snapdragon 845 dijangka akan menggunakan empat teras Cortex A75 dan empat tera Cortex A53. Cip grafik yang digunakan pula ialah Adreno 630. Pengumuman lebih awal ini dikatakan mungkin mempunyai perkaitan bahawa Samsung Galaxy S9 akan dilancarkan pada bulan Februari di MWC. Tahun ini Galaxy S8 ditangguh pelancarannya ke penghujung Mac kerana insiden bateri yang melibatkan Note 7.


TIPS & ULASAN