Simulacra – Permainan Seram Bergenre “Telefon Hilang” Daripada Pembangun Tempatan

Simulacra – Permainan Seram Bergenre “Telefon Hilang” Daripada Pembangun Tempatan

Diterbitkan pada Okt 28, 2017 oleh .

Kaigan Games, salah satu penerbit dan pembangun permainan tempatan kini telah hadir dengan sebuah permainan baru dinamakan sebagai Simulacra.

Simulacra merupakan permainan dibawah genre “telefon hilang” – dimana anda akan memulakan permainan dengan menemui sebuah telefon milik Anna, dan akan mengakses dan membaca pelbagai teks, emel dan sebagainya untuk menyelesaikan misteri dan mengetahui dimanakah tuannya.

Salah satu permainan yang popular dibawah genre ini adalah “Sara Is Missing”. Permainan ini hadir daripada pembangun yang sama, dan Simulacra dikatakan sekuel untuk permainan Sara is Missing.

Simulacra ditawarkan secara berbayar untuk Android, iPhone dan juga PC melalui Steam. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mendapatkannya pada hari ini pada harga kurang RM20.

Muat-Turun Simulacra di Android (RM19.99)

Muat-Turun Simulacra di iPhone (RM19.90)

Muat-Turun Simulacra di Steam (RM12.50)

Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Aksiz.


TIPS & ULASAN