WhatsApp Mengaktifkan Rekaan Emoji Baru Untuk Semua Pengguna Android

WhatsApp Mengaktifkan Rekaan Emoji Baru Untuk Semua Pengguna Android

Diterbitkan pada Okt 29, 2017 oleh .

Kemaskini aplikasi WhatsApp Messenger yang telah mula ditawarkan kepada umum sejak awal minggu ini menyertakan beberapa perkara baru, dan yang paling ketara adalah penggunaan emoji baru.

WhatsApp Emoji

Untuk makluman, pihak WhatsApp Messenger telah memperkenalkan rekaan emoji baru ini secara berperingkat sejak beberapa minggu lepas – dan kini semua pengguna peranti Android telah diaktifkan dengan sokongan emoji baru ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah rekaan emoji sama akan diperkenalkan untuk pengguna iOS.

Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkenaan dengan rekaan emoji baru pada WhatsApp ini?

WhatsApp Emoji

WhatsApp Emoji


TIPS & ULASAN