Carian
Elak Menjadi Mangsa Scam – Semak Info Penjual Di Laman Web Khusus Ini
October 30, 2017 Aman

Perkembangan arena internet turut membawa salah satu gejala negatif baru, dimana ramai yang berlakon menjadi penjual barangan atau perkhidmatan – sekaligus menipu para pembeli dan orang ramai di luar sana.

Terdapat beberapa kaedah ringkas untuk mengelakkan penipuan – termasuk menyemak terlebih dahulu apa kata orang ramai mengenai sesuatu penjual, atau mendapatkan produk atau perkhidmatan daripada pengedar rasmi. Disamping itu, anda juga boleh mengambil langkah proaktif dengan menyemak terlebih dahulu maklumat penjual melalui laman khusus yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia.

Melalui portal berkenaan, pengguna hanya perlu memasukkan nombor akaun bank penjual – dan ia akan memaparkan sama ada penjual berkaitan mempunyai laporan jenayah komersil ataupun sebaliknya.

Portal SemakMule

Untuk makluman, ia menggunakan pangkalan data berasaskan kepada laporan yang pernah dibuat oleh para mangsa berkaitan dengan seseorang penipuan dan ia memaparkan keputusan daripadanya. Sekiranya tiada laporan pernah dibuat, maka kebarangkalian ia dipaparkan adalah sedikit rendah.

Walaubagaimanapun, untuk mengelakkan anda menjadi mangsa scam, portal ini mungkin serba sedikit boleh membantu anda dalam mengelakkan penjual yang berhasrat tidak baik.

Komen