Cari @ Amanz

MacBook 12 inci ialah antara komputer riba yang dijual pada harga premium di pasaran. Ia dijual di Malaysia pada harga bermula RM 5999 sebuah. Oleh itu pemilik perlu membeli aksesori bagi memastikan komputer riba ini tidak terdedah kepada kerosakan. Apple sudah mula menawarkan sampul kulit rasmi untuk MacBook 12 inci di Malaysia.

Sampul kulit ini dihasilkan mengagungkan kulit dari Itali. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu coklat dan biru. Ini adalah warna yang sama seperti kerangka kulit yang dihasilkan untuk iPhone 8 dan iPhone X. Di Malaysia sampul kulit MacBook 12 inci ini dijual pada harga RM 679 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd