Cari @ Amanz

Kebiasaannya, apabila pembuat-pembuat kad grafik hadir dengan berkas berdasarkan permainan video, ia hanyalah kad grafik biasa yang disertakan bersama-sama kod untuk permainan video tersebut.

ASUS baru sahaja hadir dengan kad grafik terbaru mereka, iaitu ASUS ROG STRIX GeForce GTX 1080 Ti Assassin’s Creed Origins Edition. Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan kelajuan asas 1569 MHz dengan kelajuan Boost Clock 1683 MHz dan memori GDDR5X 11GB, sama seperti kad ASUS ROG GTX 1080 Ti sebelum ini.

Kad grafik ini berdasarkan kad grafik ASUS ROG STRIX GTX 1080 Ti yang diberi nafas baru melalui rekaan tema berdasarkan hierogilf Mesir, yang juga lokasi permainan Assassin’s Creed Origins.

Rangka kipas penyejuk kad grafik ini dicat dengan warna tembaga, dan hadir dengan kipas penyejuk DirectCUIII, dimana kipas tengahnya hadir dengan logo Assassin’s Creed yang dikenali ramai. Lebih menarik lagi, plat belakang kad grafik ini hadir dengan lukisan hieroglif yang cukup menarik sekali.

Kad grafik ini juga akan hadir dengan kod untuk permainan Assassin’s Creed Origins. Tarikh pelancaran dan tanda harga untuk kad grafik ini masih lagi belum diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd