Samsung Melancarkan Platform Galaxy Upcycling Bagi Mengitar Naik Peranti Lama Menjadi Produk Baru

Samsung Melancarkan Platform Galaxy Upcycling Bagi Mengitar Naik Peranti Lama Menjadi Produk Baru

Diterbitkan pada Okt 30, 2017 oleh .

Rakyat Malaysia secara purata menukar peranti baru setiap 22 bulan. Peranti yang lama dijual semula atau tersimpan di dalam kotak mengumpul debu. Kadar penukaran peranti ini menyumbang kepada lambakan sisa elektronik yang kini mencemari dunia. Samsung telah melancarkan platform Galaxy Upcycling yang memberikan idea kitar naik peranti lama untuk menjadi produk baru untuk kegunaan harian.

Antara produk yang dipaparkan ialah mesin melombong kriptowang yang dihasilkan menggunakan 40 Galaxy S5. Kuasa melombong lapan S5 ini dikatakan lebih tinggi berbanding sebuah pemproses Intel Core i7-2600.

Turut dipaparkan ialah mengitar semula sebuah S5 menjadi sebuah jam digital berbentuk burung hantu, pengawal kualiti air akuarium dan pengawal bersepadu peranti berhubung di rumah. Dengan mengitar naik semula peranti lama Galaxy, Samsung berharap pencemaran sisa elektronik dapat dikurangkan. Laporan Greenpeace baru-baru ini meletakkan Samsung di antara syarikat yang mempunyai impak alam sekitar yang terburuk.


TIPS & ULASAN