Oppo R11s dan R11s Plus akan dilancarkan di China pada 2 November ini. Rekaannya telah tertiris minggu lalu dan persis sebuah Oppo F5 dan Vivo V7+. Hari ini spesifikasi penuh model gantian R11 dengan skrin nirbingkai telah tertiris melalui laman pensijilan TENAA China.
Oppo R11s dilengkapi skrin 6″ AMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 660, memori 4GB RAM dan storan 64GB dengan sokongan kad mikroSD 256GB. Kamera utama berkembar 16+20 Megapixel dipadankan dengan kamera selfie 20-Megapixel. Bateri sebesar 3120 mAh digunakan sebagai sumber kuasa.
Oppo R11s Plus pula dilengkapi skrin 6.43″ AMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 660, memori 6GB RAM dan storan 64GB dengan sokongan kad mikroSD 256GB. Kamera utama berkembar 16+20 Megapixel dipadankan dengan kamera selfie 20-Megapixel. Bateri sebesar 3880 mAh digunakan sebagai sumber kuasa.
Kedua-dua peranti nampaknya masih menggunakan Android 7.1.1. Ini adalah mengecewakan kerana sepatutnya sistem operasi Android Oreo sudah menjadi standard seperti yang berjaya dilakukan Huawei. Harga masih belum diketahui dan memandangkan R11 tidak memasuki Malaysia, kebarangkalian R11s dilancarkan di sini juga agak nipis.