Cari @ Amanz

Pada 2015 yang lepas, pihak Grab (ketika itu MyTeksi) telah menguji perkhidmatan dinamakan GrabCar+ yang menawarkan pilihan kenderaan premium, selain pemandu akan tolong membuka pintu – termasuk kenderaan yang dilengkapi dengan air botol dan juga majalah untuk keselesaan tambahan.

Konsep berkenaan diuji di Lembah Klang, namun ia tidak lagi diimplementasikan – berkemungkinan kerana menyukarkan pemandu, dan tidak semua penumpang inginkan perkhidmatan seumpamanya.

Kini, sekali lagi Grab menguji sebuah perkhidmatan baru dinamakan GrabCar Plus. Melaluinya, ia memberikan pilihan kenderaan “segmen Premium B” melaluinya, seperti Toyota Vios, Honda City, Nissan Almera, dan sebagainya. Tiada kenderaan tempatan keluaran Perodua dan Proton yang disenaraikan melaluinya buat masa ini.

Tambang untuk GrabCar Plus juga adalah sedikit mahal berbanding GrabCar Ekonomi. Buat masa ini, GrabCar Plus baru diuji secara terhad dikalangan pengguna terpilih di Lembah Klang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd