Cari @ Amanz

Honda RoboCas – Konsep Kendera Saji Mini Yang Comel Dengan Teknologi Swapandu

Link Copied!

Teknologi swapandu boleh ditemui pada kereta dan kini pada lori komersial. Kepesatan teknologi ini dipacu oleh jumlah pengeluar yang saling bersaing di antara satu sama lain. Selepas kereta dan lori, selepas ini tiba giliran kendera saji (food truck) pula menggunakan teknologi swapandu.

Honda RoboCas ialah konsep kendera saji mini mereka yang mempunyai kemampuan swapandu. Ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan boleh digunakan untuk menjual makanan, minuman, dan sebagai reruai muzik bergerak. Ia dilengkapi tiga roda dan juga boleh ditunggang oleh pemilik selepas kendera saji habis beroperasi. Buat masa ini RoboCas hanya wujud sebagai konsep tanpa sebarang perancangan menghasilkannya secara komersial.


Komen ()