Carian
Gambar Bahagian Hadapan OnePlus 5T Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Nirbingkai
October 30, 2017 Aman

OnePlus sedia dikatakan bakal hadir dengan telefon pintar OnePlus 5T pada bulan November ini. Kini, seperti biasa, gambar awalnya telah tertiris melalui evleaks, memperlihatkan sebahagian daripada gambar hadapan untuk OnePlus 5T.

OnePlus 5T

Daripada apa yang diperlihatkan, ia menggunakan rekaan nirbingkai, dan meletakkan kamera hadapan dan speaker pada bahagian atas. Jikalau dilihat secara kasar, ia juga sedikit menyerupai Oppo R11s yang turut dijangka diumumkan pada November 2017 ini.

Masih tiada info penuh mengenai telefon pintar ini, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Komen