Skype Memperkenalkan Rekaan Antaramuka Baru Untuk Pengguna Desktop

Skype Memperkenalkan Rekaan Antaramuka Baru Untuk Pengguna Desktop

Diterbitkan pada Okt 30, 2017 oleh .

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan rekaan antaramuka baru Skype untuk pengguna peranti mudah-alih, dan hari ini perkhidmatan permesejan dan panggilan video berkenaan turut menerima nafas baru di desktop Windows dan Mac.

Melalui kemaskini baru ini, ia kini menawarkan pembaharuan pada rekaan antaramuka, selain turut dilengkapi sokongan mengubah tema bergantung kepada kegemaran anda.

Skype Desktop

Pengguna turut boleh menyusun senarai sembang berdasarkan kepada kategori seperti mesej tidak dibaca, status dan sebagainya – selain menghantar dan menerima fail sehingga 300MB.

Microsoft turut mengatakan kini melalui Skype baru yang berasaskan awan, ia menggunakan tenaga bateri yang lebih sedikit berbanding kebiasaan.

Sekiranya anda mengaktifkan kemaskini automatik untuk Skype, anda akan mula menerima kemaskini untuknya bermula hari ini – atau turut boleh memilih untuk memuat-turun dan menggunakan rekaan baru serta-merta daripada laman Skype hari ini.

Muat-Turun Skype untuk desktop


TIPS & ULASAN