Cari @ Amanz

Cakera keras memainkan peranan penting pada semua komputer, dimana ia menyimpan bukan sahaja data penting milik para pengguna, tetapi ia turut menyimpan sistem operasi yang menjalankannya. Hal ini membuatkan ramai yang ingin menjaga dan mengelak cakera keras daripada rosak tanpa sebarang salinan pendua data.

Untuk tujuan berkenaan, terdapat beberapa perisian yang boleh membantu anda. Kebanyakkannya adalah berasaskan kepada teknologi S.M.A.R.T., sekaligus memudahkan para pengguna sistem operasi Windows memantau kesihatan cakera keras anda.

Crystal Disk Info

Crystal Hard Disk

Seperti dinyatakan awalnya, Crystal Disk Info adalah berasaskan kepada S.M.A.R.T, dimana ia membolehkan anda melihat informasi berkaitan cakera keras anda, seperti masalah ketika membaca atau menulis data, suhu semasa, dan pelbagai masalah serta info berkaitan. Selain cakera keras terbina, pengguna juga turut boleh menghubungkan cakera keras melalui USB dan melihat info berkaitan dengannya menggunakan perisian ini.

HDD Tune

HD Tune

HD Tune menawarkan antaramuka yang mudah difahami, dimana selain daripada memaparkan informasi berkaitan kesihatan cakera keras anda, anda juga turut boleh menggunakannya untuk membuat imbasan untuk menyemak sebarang masalah – selain membuat ujian penanda aras melaluinya.

Lain-lain

Selain daripada kedua-dua perisian ini, terdapat sejumlah perisian lain yang menyokong ciri lebih kurang sama untuk memantau sebarang kerosakkan dan kesihatan cakera keras anda melalui penggunaan S.M.A.R.T. Malah, pengeluar cakera keras seperti Seagate dan Western Digital turut menyediakan perisian mereka masing-masing.


Bagi anda sendiri, selain daripada ini, apakah lagi perisian yang digunakan anda untuk memantau kesihatan cakera keras anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd