Cari @ Amanz

Penggunaan kamera analog sudah semakin berkurangan kerana kepopularan kamera digital. Sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, kamera pada telefon pintar pula mengancam kewujudan kamera digital biasa. Nikon baru sahaja menutup kilang kamera digital mereka di Jiangsu China kerana jualan terjejas oleh telefon pintar.

Pasaran untuk kamera kompak kini semakin terancam kerana telefon pintar adalah alternatif yang lebih popular di kalangan pengguna. Jualan kamera Nikon kini lebih tertumpu kepada DSLR yang masih menerima sambutan yang tinggi kerana kualiti gambar belum lagi dapat ditandingi telefon pintar. Bilakah kali terakhir anda membeli kamera digital? Kami rasa kami sendiri sudah lebih tujuh tahun dahulu.

Sumber Nikon melalui PetaPixel

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd