Kemaskini iOS 11.2 Akan Menyelesaikan Pepijat Pada Aplikasi Kalkulator

Kemaskini iOS 11.2 Akan Menyelesaikan Pepijat Pada Aplikasi Kalkulator

Diterbitkan pada Okt 31, 2017 oleh .

Mesin kira pada telefon pintar adalah antara aplikasi yang paling kerap kami gunakan kerana digunakan untuk melakukan kira-kira. Bagi pengguna iOS 11, mereka menyedari terdapat pepijat yang menyebabkan jawapan yang diberikan adalah salah walaupun input diberikan dengan tepat.

Sebagai contoh 1+2+3 sepatutnya adalah 6 tetapi jawapan yang diberikan ialah 24. Animasi iOS 11 dipersalahkan kerana menyebabkan sela masa sehingga aplikasi membaca input sebagai 1+23. iOS 11.2 Beta telah mula diterima pengguna dan mereka melaporkan masalah pepijat papan kekunci ini telah diselesaikan. Apple pantas menyelesaikan masalah ini kerana kalkulator ialah aplikasi asas yang tidak seharusnya bermasalah.


TIPS & ULASAN