Spesifikasi HTC U11 Life Tertiris Sepenuhnya
HTC

Spesifikasi HTC U11 Life Tertiris Sepenuhnya

Diterbitkan pada Okt 31, 2017 oleh .

Tanggal 2 November ini, HTC akan mengadakan acara khas bagi melancarkan peranti terbaru mereka. Ura-ura mengatakan salah satu peranti yang akan dilancarkan ialah HTC U11 Life dengan spesifikasi kelas sederhana. Misteri mengenai spesifikasi U11 Life ini terungkai sepenuhnya selepas maklumat ini tertiris ke arena web selepas dimuat naik ke laman T-Mobile beberapa hari lebih awal.

HTC U11 Life dilengkapi skrin 5.2″ HD penuh, dijana pemproses Snapdragon 830, memori sebesar 3GB RAM dan storan 32GB. Kamera hadapan dan belakang kedua-duanya sebesar 16-Megapixel manakala bateri sebesar 2600 mAh. Ia akan menggunakan Android 7.1.1 dengan pelancar Sense.

Fungsi tambahan peranti ini ialah sistem kawalan bingkai Edge Sense, kemampuan kalis air IP67, pengecasan USB-C dan tiada bicu audio 3.5mm. Ia turut dilengkapi pembantu maya Google Assitant dan Alexa terbina.


TIPS & ULASAN