Cari @ Amanz

Razer Phone akan dilancarkan secara rasmi esok tetapi seperti nasib yang menimpa HTC U11 Life pagi ini, rekaan dan spesifikasinya tertiris awal. Sekali lagi syarikat telekomunikasi menjadi sumber ketirisan apabila maklumat dilepaskan lebih awal.

Razer Phone dilengkapi skrin 5.72″ IGZO Sharp dengan kadar segar semula 120Hz, memori sebesar 8GB RAM dan storan 64GB. Bateri sebesar 4000 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4.0+. Dwi kamera utama menggabungkan sensor 12-Megapixel f/1.75 dan kamera zoom optikal 13-Megapixel f/2.6.

Bagi penggemar audio, terdapat pembesar suara yang menyokong piawaian THX dan Dolby ATMOS. Jelas sekali Razer Phone mensasarkan golongan yang mementingkan visual dan audio.

Sebelum ini spesifikasi peranti ini tertiris menerus GeekBench menunjukkan ia dijana pemproses Snapdragon 835 dan masih lagi menggunakan Android 7.1.1. Apakah pendapat anda mengenai spesifikasi peranti pertama keluaran Razer ini? Tubuh yang berkotak ini banyak berkongsi DNA dengan Robin, peranti yang dikeluarkan Nextbit syarikat yang diambil alih oleh Razer awal tahun ini.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd