Pra-Tempah Untuk Samsung POWERbot Edisi Star Wars Dibuka Pada 6 November Berharga RM2999

Pra-Tempah Untuk Samsung POWERbot Edisi Star Wars Dibuka Pada 6 November Berharga RM2999

Diterbitkan pada Okt 31, 2017 oleh .

Demam Star Wars semakin hangat dengan penayangan Star Wars The Last Jedi akan muncul di bioksop pada 13 Disember ini. Bagi peminat tegar, pelbagai produk berlesen yang menggunakan tanda dagang Star Wars dikumpul untuk kepuasan peribadi. Di Malaysia robot pembersih hampagas Samsung POWERbot edisi terhad Star Wars boleh dipra-pesan bermula 6 November ini.

Hanya model Darth Vader ditawarkan dengan harga jualan RM 2999. Mereka yang melakukan pra-pesan akan menerima model robot R2-D2 bernilai RM479. Robot ini boleh dikawal menggunakan aplikasi peranti pintar. Selain rekaan khas seperti kepala Darth Vader, POWERbot ini turut mempunyai kesan khas suara Vader benafas dan pedang Lightsaber apabila beroperasi.

Pra-pesanan boleh dilakukan menerusi laman Harvery Norman atau  Lazada. Harga jualan edisi khas ini ialah RM1000 lebih mahal berbanding POWERbot versi biasa.


TIPS & ULASAN