Cari @ Amanz

WhatsApp telah menambah sokongan memadam mesej sejak daripada minggu lepas, dan kini kebanyakkan pengguna tempatan telah mula menerima sokongan berkenaan.

WhatsApp Delete

Melalui WhatsApp Messenger, ia memberikan kemudahan untuk pengguna memadam mesej yang telah diterbitkan dalam tempoh 7 minit sejak ia dihantar.

Untuk memadam mesej, anda hanya perlu tap pada sesuatu mesej, dan memilih ikon padam.

WhatsApp Delete

Seterusnya, anda boleh memilih sama ada “Delete For Me” atau “Delete for Everyone”.

Delete For Me” hanya memadam mesej untuk paparan anda dan daripada peranti anda sahaja.

WhatsApp Delete

Delete For Everyone” pula memadam mesej untuk paparan daripada para penerima mesej anda – sama ada pada Group mahupun secara perseorangan. Mesej yang dipadam akan digantikan dengan notifikasi mengatakan mesej berkenaan telah dipadam.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan mencuba kemudahan untuk memadam mesej ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd