Nokia 2 Kini Rasmi – Hadir Dengan Bateri Berkapasiti 4100mAh

Nokia 2 Kini Rasmi – Hadir Dengan Bateri Berkapasiti 4100mAh

Diterbitkan pada Okt 31, 2017 oleh .

HMD Global hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah jenama Nokia, iaitu Nokia 2. Melaluinya, Nokia 2 dilihat memfokuskan kepada penawaran masa penggunaan bateri yang lama – disamping pada masa yang sama menawarkan pengalaman penggunaan Android asli.

Nokia 2

Nokia 2 menawarkan masa penggunaan dua hari melalui bateri berkapasiti 4100mAh. Untuk tujuan pengecasan, ia menggunakan sambungan berasaskan mikro-USB.

Dari segi spesifikasi, Nokia 2 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, menggunakan cip Snapdragon 212, memori 1GB RAM, dan ruangan storan 8GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 8-megapixel, dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Nokia 2 walaupun menawarkan spesifikasi rendah, tetapi ia masih menyertakan sokongan kalis percikkan air IP52, serta mengekalkan sokongan bicu audio.

Buat masa ini, harga jualannya dan bilakah ia akan dipasarkan di Malaysia masih menjadi tanda tanya.


TIPS & ULASAN