Linux Foundation Mengumumkan Projek Kecerdasan Buatan – Acumos

Linux Foundation Mengumumkan Projek Kecerdasan Buatan – Acumos

Diterbitkan pada Okt 31, 2017 oleh .

Linux Foundation sedia popular dengan beberapa projek sumber terbuka yang menerima sokongan daripada pelbagai syarikat teknologi terkemuka. Terkini, hari ini mereka turut mengumumkan projek yang dinamakan Acumos – memfokuskan kepada pembangunan dan mendemokrasikan aplikasi kecerdasan buatan.

Acumos

Projek baru ini akan menyediakan platform untuk digunakan semua, termasuk rangka kerja dan juga perkongsian daripada pelbagai syarikat dan perniagaan.

Model disebalik Acumos ini dijangka akan dilancarkan pada awal tahun hadapan. Mereka turut dijangka membangunkan piawaian industri untuk kecerdasan buatan, serta model yang boleh digunakan untuk pembangunannya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Acumos hari ini untuk info lanjut mengenainya.

Layari : Project Acumos


TIPS & ULASAN