Malwarebytes Menamatkan Sokongan Untuk Junkware Removal Tool

Malwarebytes Menamatkan Sokongan Untuk Junkware Removal Tool

Diterbitkan pada November 1, 2017 oleh .

Junkware Removal Tool merupakan salah satu perisian ringkas yang memudahkan pengguna untuk membuang pelbagai perisian hasad, malware dan adware daripada komputer anda. Ia sebelum ini telah diambil-alih oleh Malwarebytes pada 2015 yang lepas.

Junkware Removal Tool

Kini, Malwarebytes mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan untuk perisian berkenaan dan meminta pengguna beralih kepada beberapa perisian alternatif lain daripada Malwarebytes.

Malwarebytes telah menamatkan pembangunan untuk Junkware Removal Tool pada 26 Oktober 2017 lepas, dan akan menamatkan sokongan untuknya pada 26 April 2018 kelak.

Para pengguna masih boleh menggunakannya seperti biasa untuk mengenal-pasti dan membuang malware serta adware daripada komputer. Cumanya, dengan ketiadaan sokongan, perisian ini tidak akan dikemaskini dengan kebolehan untuk mengenal-pasti pelbagai variasi perisian hasad yang baru.

Malwarebytes mengalakkan pengguna beralih kepada AdwCleaner versi terkini untuk terus melindungi dan membuang perisian hasad daripada komputer anda.

Muat-Turun Junkware Removal Tool

Muat-Turun AdwCleaner


TIPS & ULASAN