Cari @ Amanz

Apple hari ini telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi iOS terkini untuk pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch – iaitu iOS 11.1. Ini boleh dikatakan kemaskini utama seterusnya untuk pengguna iOS 11 sejak ia dilancarkan sekitar dua bulan lepas.

Melalui kemaskini iOS 11.1 ini, salah satu perkara yang menjadi fokus utama adalah penawaran sejumlah emoji baru untuk para pengguna.

Emoji Apple

Selari dengan Unicode 10.0, kini sejumlah 70 emoji baru telah ditambah pada iOS 11.1, termasuk emoji wanita bertudung, dinasour, kelapa, dan sebagainya.

Sebelum ini, kemaskini iOS 11.1 telah ditawarkan dalam bentuk beta, dan kini ia akhirnya telah mula ditawarkan kepada pengguna umum.

Bagi anda yang menggunakan peranti iPhone, iPad atau iPod Touch – anda boleh menyemak kemaskini, dan menggunakan pelbagai emoji baru ini. Bersama-sama dengan emoji, sejumlah pepijat turut dikatakan telah diatasi oleh Apple.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd