Photo Enhancer – Laman Yang Meningkatkat Kualiti Gambar Menggunakan Kecerdasan Buatan
Artikel Berkaitan

Photo Enhancer – Laman Yang Meningkatkat Kualiti Gambar Menggunakan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada November 1, 2017 oleh .

Kami laporkan semalam Oppo F5 mempunyai sistem A.I Beauty Recognition yang menggunakan kecerdasan buatan untuk menghasilkan gambar swafoto yang terbaik mengikut wajah pengguna. Bagi mereka yang tidak memiliki Oppo F5, mungkin anda boleh menggunakan sistem kecerdasan buatan pada laman Photo Enhancer.

Laman yang dibangunkan oleh Computer Vision Laboratory, ETH Zurich ini akan mempertingkatkan kualiti gambar yang dimuat naik untuk kelihatan seperti ia diambil menggunakan DSLR. Gambar yang gelap dapat diterangkan dan warna yang lebih menyerlah boleh dihasilkan. Dua contoh gambar kami lampirkan di dalam artikel ini diambil menggunakan iPhone 8. Adakah gambar yang diproses menggunakan Photo Enhancer lebih menyerlah mengikut pandangan mata anda?


TIPS & ULASAN