WhatTheFont Memudahkan Anda Mengenal-Pasti Muka-Taip Sesuatu Tulisan

WhatTheFont Memudahkan Anda Mengenal-Pasti Muka-Taip Sesuatu Tulisan

Diterbitkan pada November 1, 2017 oleh .

Bagi anda yang terlibat dengan arena rekabentuk dan kreatif, ada kalanya anda ingin mengetahui apakah nama muka-taip yang digunakan disebalik sesuatu tulisan, poster dan sebagainya.

Dalam memudahkan proses berkenaan, salah satu aplikasi yang mungkin membantu anda adalah WhatTheFont.

WhatTheFont sedia ditawarkan sebagai perkhidmatan berasaskan web sebelum ini, dan kini mereka dilihat turut menawarkan aplikasi Android dan iPhone.

WhatTheFont

Menggunakannya, pengguna hanya perlu merakamkan gambar menggunakan kamera telefon, atau memuat-naik gambar dengan suatu muka-taip berkenaan. Ia seterusnya akan mengenal-pasti tulisan pada gambar berkenaan – dan mencadangkan anda dengan muka-taip yang hampir dengan tulisan berkenaan.

Daripada percubaan kami, ada kalanya ia berjaya, dan ada kalanya muka-taip yang dicadangkan adalah sedikit berbeza. Namun, ini mungkin salah satu aplikasi yang mungkin boleh membantu anda dalam mengenal-pasti sesuatu muka-taip dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.

Muat-Turun WhatTheFont untuk Android

Muat-Turun WhatTheFont untuk iOS


TIPS & ULASAN