Kini Anda Boleh Memuat-Turun E-Buku Percuma Ketika Naik LRT

Kini Anda Boleh Memuat-Turun E-Buku Percuma Ketika Naik LRT

Diterbitkan pada November 1, 2017 oleh .

E-Sentral merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada penawaran buku digital, dimana mereka menjual melalui platform mereka, selain memudahkan para penulis menerbitkan karya mereka.

Sebelum ini, E-Sentral telah mula menawarkan e-buku percuma kepada mereka yang menunggu penerbangan di KLIA – dimana melalui penggunaan beacon khusus, pengguna boleh memuat-turun pelbagai buku digital untuk dibaca ketika menunggu penerbangan atau membacanya secara luar-talian dalam penerbangan.

E-Sentral LRT

Kini, e-Sentral turut memperluaskan penawaran sama untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT. Ia masih pada peringkat ujian buat masa ini, dan beacon khusus untuk memudahkan anda muat-turun e-buku telah disertakan pada beberapa LRT.

Sekiranya anda menaiki LRT berkenaan, akan melihat bahan promosi, dan boleh memuat-turun e-buku percuma terus ke peranti mudah-alih anda. Berkemungkinan penawaran sama akan diperluaskan ke semua LRT lain dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN