Cari @ Amanz

Facebook Menguji Penggunaan Multi-Akaun Melalui Web

Oleh Aman

Link Copied!

Facebook sering melakukan pelbagai ujian melalui platform sosial mereka. Terkini, gergasi sosial berkenaan dilihat menguji penggunaan multi-akan pada Facebook versi web.

Melalui ciri ini, anda boleh log masuk kepada beberapa akaun Facebook berbeza – dan memudahkan anda bertukar dari satu ke lain dengan mudah.

Facebook Multi-Akaun

Ciri ini mungkin ditujukan oleh Facebook untuk digunakan pada komputer yang dikongsikan pengguna – seperti komputer di ruang tamu dan sebagainya.

Daripada percubaan kami, pengguna dengan akaun utama [atau yang pertama log masuk] boleh kekal menggunakan Facebook pada web tanpa perlu memasukkan kata laluan ketika beralih – sementara pengguna kedua yang menambah akaun, perlu memasukkan kata laluan ketika log masuk.

Facebook Multi-Akaun

Buat masa ini, ia hanya diuji pada segelintir pengguna sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan dilancarkan secara rasmi atau tidak.


Komen ()