Traqkid Dilancarkan – Aplikasi Penjejak Kanak-kanak Menggunakan Kad SIM U Mobile

Traqkid Dilancarkan – Aplikasi Penjejak Kanak-kanak Menggunakan Kad SIM U Mobile

Diterbitkan pada November 1, 2017 oleh .

Kes kehilangan kanak-kanak kerap dilaporkan dan tiada sesiapapun mahu kejadian sebegini terjadi berulang kali. Jika tahun lalu sistem NUR Alert yang dimiliki pihak Polis Diraja Malaysia telah mengumumkan kerjasama dengan Facebook sebagai salah satu saluran rasmi hebahan tersebut, hari ini aplikasi Traqkid hadir dalam meningkatkan tahap keselamatan kanak-kanak.

Aplikasi ini dihasilkan oleh Knightsbridge Resources Sdn Bhd dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan juga U Mobile. Berbeza dengan alatan penjejak kanak-kanak yang mungkin memerlukan ibu bapa membeli peranti berasingan seperti jam tangan, aplikasi ini memanfaatkan kad SIM U Mobile yang sedia menjejak lokasi kad SIM tersebut, dan memudahkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hanya perlu memberikan telefon asas atau sebarang peranti yang menyokong penggunaan SIM kepada anak-anak mereka, dan perkhidmatan Traqkid dapat diaktifkan.

Perkhidmatan Traqkid juga mempunyai integrasi dengan pusat panggilan dan juga petugas Program Kepolisan Komuniti Malaysia. Apabila mengetahui anak mereka dalam kesusahan, ibu bapa hanya perlu menggunakan aplikasi Traqkid bagi memohon bantuan dan anggota Traqkid akan terus ke lokasi kanak-kanak tersebut. Perkhidmatan ini tersedia sepanjang hari 24 jam.

Traqkid boleh dimuat-turun bermula hari ini dan perkhidmatan ini ditawarkan secara langganan bermula RM 58 sebulan menerusi U Mobile. Bayran pendahuluan RM36 turut akan dicaj sewaktu pendaftaran untuk tujuan Insurans Kemalangan Peribadi.

Layari: Traqkid

Muat-turun: Traqkid (iOS)

Muat-turun: Traqkid (Android)


TIPS & ULASAN