Offline Lamp – Lampu Yang Hanya Berfungsi Apabila Telefon Pintar Disimpan Di Dalamnya

Offline Lamp – Lampu Yang Hanya Berfungsi Apabila Telefon Pintar Disimpan Di Dalamnya

Diterbitkan pada November 1, 2017 oleh .

Di pejabat kami sedari peranti pintar menjadi sumber gangguan untuk melakukan kerja. Deringan telefon dan notifikasi menyebabkan sukar untuk menulis dengan tenang. Bagi mereka yang mudah terganggu, lampu meja Offline Lamp telah dihasilkan oleh Klemens Shillinger.

Lampu ini mempunyai ruang khas untuk menyimpan peranti pada bahagian tapak. Ia hanya akan berfungsi apabila ia mengesan kehadiran peranti di dalam tempat simpanan ini. Secara teorinya ia akan mengelakkan anda menggunakan peranti selagi anda memerlukan cahaya lampu. Rekaan yang menarik dan mungkin boleh digunapakai untuk alat elektrik lain.

Masalah ketagihan Internet melanda ramai pengguna sejak peranti pintar mula dipasarkan. Mungkin apabila dipaksa barulah pengguna boleh berenggang dengan peranti pintar mereka.


TIPS & ULASAN