Carian
Grab Mula Membuka Penggunaan GrabPay Di Kedai Dan Para Penjual – Bermula Dari Singapura
November 1, 2017 Aman

Grab sedia menyertakan sokongan GrabPay pada aplikasi mereka yang membolehkan para pengguna untuk membayar menggunakan platform pembayaran terbina yang dipautkan ke kad kredit atau debit pengguna. Ini sekaligus memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan Grab tanpa risau ketiadaan wang tunai pada sesuatu masa.

Kini, selain hanya digunakan untuk Grab sahaja, mereka turut telah membuka platform GrabPay untuk digunakan oleh para penjual dan kedai-kedai lain untuk menerima bayaran.

Ini sekaligus membolehkan pemilik kedai untuk menerima bayaran melalui GrabPay – selain daripada menerima pembayaran melalui kad kredit dan sebagainya.

Proses pembayaran adalah lebih kurang sama seperti pada Alipay, dimana pengguna perlu mengimbas kod QR, dan memasukkan nilai sebelum menekan butang membayar. Grab dijangka turut mengintegrasikan ia bersama Grab Rewards untuk mengalakkan pengguna menggunakannya berbanding beberapa kaedah pembayaran yang lain.

Buat masa ini, pembukaan platform GrabPay untuk kedai dan penjual hanya di Singapura sahaja. Tidak mustahil kita melihat penawaran sama diperluaskan ke negara-negara lain dimana Grab beroperasi tidak lama lagi.

Komen