Promosi TM Baru Menawarkan Streamyx 8Mbps Pada RM89, Unifi 30Mbps Pada RM139

Promosi TM Baru Menawarkan Streamyx 8Mbps Pada RM89, Unifi 30Mbps Pada RM139

Diterbitkan pada November 1, 2017 oleh .

Telekom Malaysia kini nampaknya hadir dengan sebuah promosi khusus dinamakan sebagai Kempen Bonanza untuk beberapa lokasi, dimana melaluinya, Telekom Malaysia menawarkan diskaun untuk sejumlah pakej jalur lebar tetap mereka – iaitu untuk Streamyx dan juga Unifi.

Melalui beberapa pengedar Telekom Malaysia, kini mereka telah mula mengambil tempahan dan pendaftaran untuk kempen Bonanza yang diadakan antara 1 November ke 31 Disember ini.

Seperti biasa, untuk Unifi ia ditawarkan pada harga RM129 sebulan untuk 10Mbps – tetapi dengan pilihan tambahan RM10 untuk naik-taraf kepada RM139.

Secara ringkas untuk penawaran Unifi dibawah kempen Bonanza adalah seperti berikut:

  • Unifi Lite 10Mbps – RM129
  • Unifi Advance 30Mbps – RM139
  • Unifi Advance Plus 50Mbps – RM189
  • Unifi Pro 100Mbps – RM239

Selain untuk Unifi, Telekom Malaysia turut mengadakan promosi khusus untuk pengguna Streamyx.

Melaluinya, kini Streamyx Broadband 1Mbps kini ditawarkan pada harga RM68, dan pengguna boleh menaik-taraf sehingga kepada Streamyx Broadband 8Mbps pada harga RM89 sebulan.

Berikut adalah promosi yang ditawarkan Telekom Malaysia melalui kempen Bonanza untuk Streamyx:

  • Streamyx Broadband 1Mbps – RM68
  • Streamyx Broadband 2Mbps – RM83
  • Streamyx Broadband 4Mbps – RM88
  • Streamyx Broadband 8Mbps – RM89

Seperti biasa, harga promosi ini adalah terhad untuk 24 bulan, dan untuk pendaftaran baru sahaja.

Buat masa ini, Telekom Malaysia masih belum mengemaskini penawaran ini di laman web mereka, dan mungkin ia terhad di beberapa lokasi dalam menarik pengguna menaik-taraf kelajuan internet mereka.


TIPS & ULASAN