Gambar HTC U11 Plus Sekali Lagi Tertiris Memperlihatkan Rekaan Hadapan Dan Belakang
HTC

Gambar HTC U11 Plus Sekali Lagi Tertiris Memperlihatkan Rekaan Hadapan Dan Belakang

Diterbitkan pada November 2, 2017 oleh .

HTC bakal melancarkan telefon pintar HTC U11 Plus mereka pada lewat hari ini, dan kini @evleaks turut berkongsi gambar akhir yang memperlihatkan rekaan hadapan dan belakang telefon pintar berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, info mengenai telefon pintar ini sedia tertiris beberapa kali – termasuk memperlihatkan rekaan dan penawaran telefon pintar ini melalui sebuah video tertiris semalam.

HTC U11 Plus

HTC U11 Plus akan hadir dengan skrin 6-inci, dilengkapi bateri 4000mAh dan juga ruangan storan sehingga 128GB. Telefon pintar ini turut menggunakan rekaan skrin hampir nirbingkai dengan nisbah 18:9 seperti kebanyakkan telefon pintar di pasaran hari ini.

Ciri seperti Edge Sense yang membolehkan peranti dikawal dengan memicit bahagian tepi tubuh peranti turut disertakan bersama dengannya.

HTC bakal melancarkan telefon pintar ini secara rasminya lewat hari ini – dan mungkin kita akan mendengar lanjut penawaran spesifikasi dan sebagainya ketika pelancaran peranti berkenaan kelak.


TIPS & ULASAN