Cari @ Amanz

Samsung hari ini membuat kejutan dengan memperkenalkan Galaxy Note 8 yang ditujukan untuk pengguna perusahaan, dinamakan sebagai Galaxy Note 8 Enterprise Edition. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja.

Galaxy Note 8 Enterprise Edition ini menawarkan pelbagai ciri-ciri yang sama seperti versi biasa – termasuk memori 6GB RAM, sokongan S-Pen, dwi-kamera belakang, dan sokongan kalis air.

Menambah kepadanya, semua Galaxy Note 8 Enterprise Edition turut menawarkan sokongan tambahan Samsung Knox untuk kebolehan pentadbir IT di syarikat untuk menambah beberapa sokongan.

Samsung Galaxy Note 8

Disamping itu, salah satu sokongan menarik adalah dimana Samsung menjanjikan jangka hayat penggunaan perusahaan seumpama PC, dan menjanjikan sokongan kemaskini sekuriti bulanan sehingga tiga tahun. Ini semestinya mengembirakan ramai pengguna perusahaan, memandangkan pelbagai peranti Android lain yang tidak menawarkan sokongan kemaskini sekuriti pada tahap berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Samsung akan memperluaskan untuk pasaran global atau tidak. Seperti ramai sedia maklum, pembelian untuk perusahaan dilakukan melalui saluran berbeza dan memerlukan membeli beberapa unit sekaligus dan bukan satu sahaja seperti yang ditawarkan untuk pengguna umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd