Nyahkunci Menggunakan Face ID Lebih Perlahan Berbanding Touch ID

Nyahkunci Menggunakan Face ID Lebih Perlahan Berbanding Touch ID

Diterbitkan pada November 2, 2017 oleh .

Apple komited terhadap penggunaan sistem imbasan wajah Face ID pada iPhone X dengan tidak menyertakan pengimbas cap jari Touch ID. Malahan sudah kedengaran ura-ura Face ID akan digunakan pada kesemua peranti iOS bermula tahun hadapan. Sebab yang diberikan ialah Face ID selebih selamat berbanding Touch ID.

Tetapi apakah kontra kepada penggunaan Face ID? Menurut laporan Tom’s Hardware, perbezaan paling ketara di antara dua sistem ini ialah kepantasan menyahkunci peranti. Apabila menggunakan Touch ID, peranti dapat dinyakunci dalam masa 0.9 saat. Face ID pula memerlukan 1.48 saat untuk peranti dinyahkunci.

Ini adalah kerana skrin perlu dihidupkan terlebih dahulu (menggunakan Raise to Wake) sebelum wajah diimbas dan kemudian pengguna perlu menatal skrin ke atas untuk menyakunci. Bandingkan dengan Touch ID di mana hanya jari perlu menekan butang home dan sistem menyahkunci terus tanpa sebarang tatalan jari pada skrin.

Perbezaan masa nyakunci ini adalah kecil tetapi bagi mereka yang sudah biasa dengan kepantasan ia mungkin akan menjengkelkan. Kami secara peribadi tidak mengunci peranti kerana sudah menjadi tabiat sejat tujuh tahun yang lalu.


TIPS & ULASAN