Dell Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa produk memfokuskan kepada permainan video. Mencuri perhatian dan menjadi fokus utama adalah komputer riba dengan rekaan teknologi MaxQ, iaitu Dell Inspiron 15 7000 Gaming Laptop.
Dell Inspiron 15 7000 Gaming Laptop ini hadir dengan pilihan kad grafik GeForce GTX 1050, 1050 Ti, dan juga 1060. Tetapi, yang hadir dengan rekaan nipis teknologi Max Q hanyalah versi dengan GTX 1060 sahaja.
Dari segi spesifikasi, Dell Inspiron 15 7000 hadir dengan rekaan skrin 15.6-inci dengan pilihan FHD atau UHD, cip pemprosesan Intel Core Generasi-7, memori sehingga 16GB RAM, dan ruangan storan yang mengabungkan penggunaan SSD dan HDD.
Melengkapkan komputer riba ini adalah sokongan audio dengan dwi-speaker hadapan dikuasakan Waves MaxxAudio Pro, dan sokongan USB-C Thunderbolt 3, serta sokongan jaminan sehingga 2 tahun. Dell mengatakan pengguna boleh mengecas sehingga 80% bateri dalam masa sejam melalui sokongan pengecasan pantas pada komputer riba ini.
Di Malaysia, empat variasi ditawarkan, dimana versi asas dengan GTX 1050 dan cip Intel Core i5 ditawarkan pada harga RM3899, sementara model paling tinggi dengan kad grafik GTX 1060 Max-Q dan cip Intel Core i7 ditawarkan pada harga RM6899 di Malaysia.
- Info
- Layari : Dell Malaysia