Lapik Tetikus Berlampu Cooler Master RGB Hard Gaming Mousepad Dilancarkan

Lapik Tetikus Berlampu Cooler Master RGB Hard Gaming Mousepad Dilancarkan

Diterbitkan pada November 2, 2017 oleh .

Selepas papan kekunci dan tetikus dengan lampu mula muncul di pasaran, pengeluar aksesori PC mula memikirkan apakah produk lain yang boleh menggunakan sistem ini. Terkini Cooler Master turut mengikuti trend semasa dan melancarkan RGB Hard Gaming Mousepad dengan sokongan lampu RGB.

Sebanyak 16.7 juta warna dapat dipaparkan oleh lapik tetikus yang mensasarkan golongan gamer ini. Sembilan mod pencahayaan disertakan mengikut keperluan pengguna. Ia hadir dengan kabel sepanjang 1.6 meter dengan kepala USB yang diperbuat daripada logam serta kabel bersulam tahan lasak.

Permukaan RGB Hard Gaming Mousepad diperbuat daripada bahan yang mengurangkan geseran bagi penggunaan tetikus yang lancar. Lima lapik getah pada permukaan bawah memastikan lapik ini tidak berganjak dari permukaan meja walaupun ketika sesi gaming tegar. Tiada maklumat tarikh jualan dan harga buat masa ini.


TIPS & ULASAN