Moto X4 Bakal Hadir Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Moto X4 Bakal Hadir Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada November 2, 2017 oleh .

Motorola Malaysia sedia menjadualkan acara pelancaran telefon pintar baru, iaitu Moto G5S Plus pada hari Isnin ini. Menariknya, selain daripada peranti berkenaan, kita mungkin akan melihat satu lagi telefon pintar baru dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, iaitu Moto X4.

Motorola Malaysia, melalui perkongsian pada Facebook mereka, memperlihatkan gambar acah untuk Moto X4 – sekaligus menandakan peranti berkenaan akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Moto X4

Moto X4 sebelum ini telah dilancarkan pada bulan September lepas, dimana ia hadir dengan skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, dijana cip Snapdragon 630, bateri 3000mAh, dwi-kamera belakang, dan kamera hadapan 16-megapixel. Moto X4 turut hadir dengan sokongan kalis air serta bateri berkapasiti 3000mAh.

Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran dan harga jualannya buat masa ini. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada acara pelancaran Moto G5S Plus kelak.


TIPS & ULASAN