Xiaomi Memperkenalkan Siri Redmi Y Dengan Dua Model Telefon Baru

Xiaomi Memperkenalkan Siri Redmi Y Dengan Dua Model Telefon Baru

Diterbitkan pada November 2, 2017 oleh .

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan siri baru peranti dibawah jenama Redmi Y. Telefon pintar pertama dibawahnya adalah Redmi Y1, dan telah diumumkan untuk pasaran India sahaja buat masa ini. Xiaomi mengatakan huruf “Y” membawa makna “You”, dan “Youth”.

Dibawah siri Redmi Y, sebanyak dua telefon pintar diperkenalkan, iaitu Redmi Y1 dan juga Redmi Y1 Lite.

Xiaomi Redmi Y1 membawakan rekaan tepi yang sedikit melengkung untuk memberikan keselesaan ketika memegangnya. Peranti ini dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, dan memfokuskan kepada ciri selfie. Untuk tujuan berkenaan, Xiaomi Redmi Y1 menyertakan kamera hadapan selfie 16-megapixel dengan lampu pencahayaan, dan menggunakan kamera belakang 13-megapixel PDAF.

Xiaomi Redmi Y1

Xiaomi Redmi Y

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD, dijana menggunakan cip Snapdragon 435, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Redmi Y1 turut menyokong dwi-SIM, serta sokongan infra-merah untuk mengawal perkakasan elektronik anda di rumah.

Redmi Y1

Di India, Redmi Y1 dengan pilihan 3GB RAM ditawarkan pada harga Rs8999 (~RM588), sementara model dengan pilihan 4GB RAM pula ditawarkan pada harga Rs10999 (~RM719).

Bersama-sama pengumuman Redmi Y1, pihak Xiaomi turut mengumumkan Redmi Y1 Lite yang menyertakan skrin 5.5-inci seperti model utamanya. Xiaomi mengatakan mereka memilih saiz skrin ini kerana ia merupakan permintaan saiz yang paling tinggi berbanding saiz skrin yang lain.

Redmi Y1 Lite

Redmi Y1 Lite menawarkan rekaan lebih kurang sama, sokongan dwi-SIM, tetapi hadir dengan cip Snapdragon 425, dan bateri berkapasiti 3080mAh. Ia turut menyertakan sokongan IR Blaster, dan menyertakan kamera belakang 13-megapixel untuk rakaman gambar.

Xiaomi Redmi Y1

Model 2GB RAM dengan 16GB storan ditawarkan di India pada harga Rs6999 iaitu sehingga RM458.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran India sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan menawarkannya untuk negara lain.

Xiaomi Redmi Y1


TIPS & ULASAN