Cari @ Amanz

Setelah beberapa minggu diumumkan di pasaran antarabangsa, hari ini Oppo telah mengumumkan peranti terkini mereka yang memfokuskan selfie, tergolong dalam siri F iaitu Oppo F5.

Oppo F5 yang memfokuskan selfie, kini menampilkan kamera lebih besar dari sensornya pada bahagian hadapan dan kamera belakang 16MP dengan bukaan f/1.8. Kamera hadapannya mempunyai sensor pengimejan 20MP dengan bukaan f/2.0 menghasilkan gambar selfie yang lebih cantik dan sempurna.

Satu lagi fungsi bagi memfokuskan tujuan selfie adalah kecerdasan buatan A.I Beauty Recognition Technology yang merupakan terawal dibangunkan untuk peranti pintar. Menurut Oppo, teknologi ini membolehkan kamera mengesan sehingga 200 titik yang menunjukkan ciri-ciri dan tona warna wajah pengguna serta menganalisa jenis muka, jantina, serta wajah pengguna bagi menghasilkan kualiti gambar selfie yang lebih menarik, persis dan lebih cantik.

Menurut Oppo lagi, dengan analisis berasaskan maklumat tersebut, fungsi Selfie pada Oppo dapat menghasilkan gambar mengikut kesesuaian dan lebih persis. Seperti contoh jika pengguna lelaki menggunakan Beautification, ia bukanlah menghasilkan gambar dengan permukaan kulit yang lebih halus seperti kebiasaan, akan tetapi menghasilkan gambar yang lebih menghampiri ‘sifat maskulin’ yang perlu diketengahkan pada gambar tersebut.

Sejajar dengan arus rekaan peranti masakini, Oppo F5 turut menampilkan paparan nirbingkai bersaiz 6-inci yang memberikan pandangan lebih luas pada skrin bernisbah 18:9 dengan resolusi FHD+ iaitu 2160×1080. Satu lagi teknologi terkini yang terdapat pada Oppo F5 termasuklah fungsi Facial Unlock, membolehkan pengguna mengaktifkan peranti dengan pengecaman wajah.

Antara spesifikasi lain Oppo F5 termasuklah cip pemprosesan MediaTek Helio P23 lapan-teras dengan 4GB RAM, kapasiti storan sebesar 32GB yang boleh ditambah dengan kad mikro-SD sehingga 256 GB, bateri sebesar 3,200 mAh dan beroperasi menggunakan Android Nougat dan Color OS 3.2.

Malaysia menjadi negara kedua bagi Oppo untuk memulakan penjualan Oppo F5 dan bermula hari ini, pengguna boleh melakukan pra-tempahan untuk peranti ini pada harga RM 1,298 dan ia boleh dilakukan di pelbagai cawangan rasmi yang menjualnya, termasuklah Senheng dan juga Lazada.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd