Lenovo Membeli Pegangan Majoriti Pada Perniagaan PC Fujitsu

Lenovo Membeli Pegangan Majoriti Pada Perniagaan PC Fujitsu

Diterbitkan pada November 2, 2017 oleh .

Desas-desus mengenai pengambil-alihan perniagaan PC milik Fujitsu oleh Lenovo telah diperkatakan sejak tahun lepas. Hari ini, akhirnya, pengeluar komputer terkemuka dari China berkenaan telah pun mengumumkan yang mana mereka kini membeli pegangan majoriti 51% pada perniagaan PC milik Fujitsu.

Walaupun Lenovo mengambil-alih pegangan majoriti, namun, pelbagai produk masih akan kekal dijual dibawah jenama Fujitsu.

Lenovo mengatakan mereka ingin lebih menyasarkan pertumbuhan pada perniagaan PC di Jepun adn juga pada peringkat global melalui kerjasama strategik ini.

Untuk Lenovo sendiri, langkah ini akan terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena pengeluaran komputer.

Sebelum ini, Lenovo turut telah mengambil-alih Motorola daripada Google untuk mengukuhkan kedudukan dan kepakaran mereka dalam arena peranti mudah-alih.


TIPS & ULASAN