Cari @ Amanz

Samsung hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka telah memulakan ujian beta untuk kemaskini sistem operasi seterusnya berasaskan kepada Android 8.0 Oreo. Seperti ramai sedia maklum, ia hadir dengan tambahan antaramuka oleh Samsung, dan Samsung menamakannya sebagai Samsung Experience 9.0.

Samsung Experience 9.0 kini diuji untuk peranti Galaxy S8 dan Galaxy S8+ di beberapa buah negara – termasuk di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan juga UK.

Samsung mengatakan melalui fasa ujian beta ini untuk Samsung Experience 9.0, mereka akan mengumpulkan maklumbalas – dan menambah-baik ia sebelum menawarkannya kepada umum.

Pihak Samsung masih tidak mengumumkan bilakah mereka akan menawarkan kemaskini berasaskan Android Oreo ini secara rasminya kepada semua pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd