Oppo Ialah Jenama Nombor Satu Di China Pada Suku Ke-Tiga 2017

Oppo Ialah Jenama Nombor Satu Di China Pada Suku Ke-Tiga 2017

Diterbitkan pada November 3, 2017 oleh .

Semalam kami melaporkan Oppo ialah jenama kedua terbesar di Malaysia. Hari ini firma Counterpoint mengeluarkan kenyataan bahawa Oppo ialah pengeluar terbesar di China pada suku ke-tiga 2017 dengan pegangan 18.9%. Ini adalah peningkatan dari 16.% pada suku yang sama tahun lalu. Mereka di hadapan Huawei dan Vivo masing-masing dengan pegangan 18.6%.

Xiaomi di tempat ke empat dengan 13.8% diikuti oleh Apple dengan 10%. Kelima-lima pengeluar terbesar di China ini menunjukkan peningkatan pasaran berbanding tahun lalu. Samsung nampaknya terus menghadapi masalah untuk bersaing di pasaran telefon pintar nombor satu di dunia ini. Mereka hanya di tempat ketiga di dalam kategori peranti berharga $500 ke atas. Di China pasaran peranti berharga di antara $300-399 menunjukkan peningkatan terbaik.


TIPS & ULASAN