Carian
Xpax Menawarkan Data 10GB Percuma Untuk Instagram Untuk Tempoh Terhad
November 3, 2017 Aman

Celcom melalui pelan Xpax kini hadir dengan sebuah pakej baru dinamakan sebagai Instagram Walla. Melaluinya, pengguna boleh melanggan pakej Instagram Walla dan menggunakan data berkenaan khusus untuk melayari perkhidmatan sosial berkenaan.

Terkini, untuk tempoh pengenalan sementara, semua pengguna Xpax yang melanggan pakej Xpax Internet – tidak kira harian, mingguan atau bulanan, akan ditawarkan dengan Instagram Walla 10GB secara percuma.

Instagram Walla

Pihak Xpax tidak mengatakan sehingga bila promosi ini akan ditawarkan. Menggunakannya, pengguna bukan sahaja boleh mengikuti perkembangan di Instagram, tetapi juga di WhatsApp, Twitter dan WeChat tanpa risau menggunakan data langganan anda dibawah Xpax Internet.

Selepas tempoh promosi ini, Instagram Walla akan ditawarkan secara berbayar kepada pengguna Xpax.

Xpax Walla

Pada masa yang sama, pihak Xpax turut menawarkan sokongan dinamakan Data Rollover yang membolehkan anda membawa data yang tidak digunakan ke tempoh seterusnya. Sebagai contoh, sekiranya anda melanggan 10GB pada bulan ini, dan hanya menggunakan 5GB sahaja – data baki 5GB akan dibawa ke bulan hadapan dan memberikan anda sejumlah 15GB pada bulan hadapan.

Untuk menggunakannya, anda perlu mengaktifkan sokongan pembaharuan langganan internet mingguan atau bulanan secara automatik – dan memastikan kredit anda mencukupi untuk pembaharuan langganan berkenaan. Data Rollover akan dimatikan sekiranya anda tidak mempunyai kredit mencukupi untuk pembaharuan secara automatik.

Seperti biasa, anda boleh memantau pelbagai promosi ini di aplikasi rasmi Xpax untuk Android dan iOS.

Komen