Cari @ Amanz

Kerajaan sedia menyasarkan masyarakat nirtunai menjelang 2050 kelak. Kini, selari dengannya, Universiti Teknologi Malaysia yang terkenal dengan fokus terhadap teknologi dan kejuruteraan kini mengumumkan inisiatif ke arah kampus nirtunai.

Boost UTM

Melalui kerjasama bersama Boost, semua pelajar di UTM Kuala Lumpur dan juga Skudai dijangka dapat menggunakan ia sebagai dompet digital untuk pelbagai transaksi di dalam kampus.

Boost sebelum ini sedia ditawarkan kepada orang ramai sebagai kemudahan untuk melakukan pembelian beberapa tambah-nilai prabayar untuk talian telekomunikasi dan juga beberapa perkhidmatan digital. Selain itu, mereka turut telah mula menawarkan kemudahan membayar menggunakan Boost dibeberapa kedai – termasuk di pasar malam dan juga kendera saji.

Langkah kerjasama dengan pihak UTM ini sekaligus membawa aplikasi berkenaan setapak lagi kehadapan.

UTM turut mengatakan langkah ini turut memainkan peranan utama dalam visi mereka ke arah kampus digital. Buat masa ini, bilakah implementasi penuh kampus nirtunai akan dilakukan masih tidak diketahui lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd