Face ID ialah percaturan Apple untuk menjadikan peranti lebih selamat. Ia dikatakan lebih sukar ditumpaskan berbanding Touch ID. Ramai pengguna yang sedikit risau peranti boleh dinyakunci ketika mereka sedang tidur. Sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana Face ID tidak akan berfungsi sekiranya iPhone X tidak di dalam posisi menegak.
I just ran into the HUGE flaw with #iPhoneX Face ID. It doesn’t work in other orientations besides normal portrait. Can’t unlock in bed pic.twitter.com/WtRHC54BmA
— Long Zheng (@longzheng) November 3, 2017
Ini disahkan sendiri oleh laporan beberapa pengguna di laman media sosial yang cuba menyahkunci iPhone X ketika sedang berbaring. Accelerometer mengesan peranti dalam posisi mendatar dan Face ID tidak akan berfungsi. Ini menyelesaikan kerisauan peranti dinyakunci ketika pengguna sedang tidur dengan mata terbuka. Bagi yang kurang arif, Face ID memerlukan mata pengguna dibuka sebelum membenarkan nyahkunci. Apple telah memikirkan situasi kelemahan yang mungkin wujud pada sistem imbasan wajah mereka supaya pengguna tidak perlu risau.Tetapi ia mewujudkan masalah baru di mana pengguna perlu memasukkan kod laluan setiap kali peranti ingin dinyahkunci dari keadaan berbaring.