Cari @ Amanz

HTC pada tahun ini telah hadir dengan dengan beberapa telefon pintar, tetapi tiada peranti flagship yang ditawarkan bersama dengan sokongan dwi-kamera – berbeza dengan pelbagai pengeluar peranti yang lain. Paling terkini, HTC telah melancarkan HTC U11+ yang hadir dengan rekaan skrin 18:9, tetapi masih tidak hadir dengan sokongan dwi-kamera dibelakang.

HTC sebelum ini telah hadir dengan beberapa telefon pintar menggunakan dwi-kamera dibelakang, dan paling terakhir adalah HTC One M9+. Ia hadir dengan sokongan dwi-kamera – dimana ia lebih kepada kebolehan memfokuskan semula gambar selepas ia dirakamkan, dan bukannya kepada sokongan zoom atau rakaman mod potrait.

Bercakap mengenainya, pihak HTC dipetik mengatakan mereka akan hadir dengan telefon pintar dwi-kamera pada 2018 kelak.

Dengan kejayaan HTC U11 yang berjaya menarik minat pengguna kembali kepada jenama HTC, mungkin kita boleh nantikan sesuatu yang menarik bersama sokongan dwi-kamera baru pada telefon pintar akan datang mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd