Digital Free Trade Zone Kini Aktif – Membantu 1900 Syarikat SME Ke Arah Pemasaran Digital

Digital Free Trade Zone Kini Aktif – Membantu 1900 Syarikat SME Ke Arah Pemasaran Digital

Diterbitkan pada November 3, 2017 oleh .

Dengan kemajuan teknologi yang ada di Malaysia sekarang ini, semakin ramai pelanggan memilih untuk membeli barang-barangan secara atas-talian, tidak kira melalui laman web ataupun aplikasi menggunakan telefon mudah-alih. Syarikat-syarikat seperti Lazada, 11street dan Shopee antara yang memerintis kemajuan ini, dan kini tiba masanya untuk syarikat-syarikat kecil untuk mengambil kesempatan dan gunakan teknologi sama untuk menguntungkan lagi perniagaan mereka.

Digital Free Trade Zone (DFTZ) sebuah konsep dimana syarikat-syarikat boleh memasarkan barang-barang mereka melalui laman internet untuk memudahkan pengguna membeli barang-barangan mereka. Konsep ini diperkenalkan di China pada mulanya, dan kini Malaysia merupakan negara kedua yang hadir dengan konsep ini untuk memasarkan produk-produk SME dari Malaysia.

DFTZ ini bukan sahaja memudahkan syarikat-syarikat tempatan untuk menjual barangan mereka kepada rakyat Malaysia, malah dengan infrastruktur yang disediakan, tidak mustahil untuk mereka turut menjual ke negara-negara di rantau Asia dan juga seluruh dunia.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada hari pembukaan DFTZ hari ini, 1900 syarikat SME sudah pun mendaftar dengan DFTZ, dan ini dijangka akan meningkatkan jumlah nilai eksport barangan kepada $38 bilion serta mencipta 60,000 pekerjaan baru dan menjelang 2025, akan menyokong pergerakan barangan berjumlah $65 bilion melalui DFTZ.

DFTZ ini hadir dengan dua komponen utama yang penting untuk memastikan syarikat-syarikat ini boleh mengimport barangan mereka dengan cekap. Salah sebuah komponen ini ialah e-fulfillment hub, gudang penyimpanan barang yang bukan sahaja menyimpan barang, tetapi membantu syarikat-syarikat untuk memastikan stok mereka boleh melalui pemeriksaan imigresen dengan lebih pantas. Malah, dengan e-fulfillment hub baru ini, DFTZ menganggarkan bahawa pemeriksaan yang biasanya mengambil masa 6 jam akan dikurangkan kepada 3 jam tanpa sebarang masalah.

Komponen yang kedua pula ialah platform e-servis yang akan membantu syarikat-syarikat ini memudahkan penjualan barangan mereka melalui pemasaran digital, pembiayaan dan pemenuhan batu terakhir (last mile fulfillment).

Menurut pihak DFTZ lagi, buat masa ini, penghantaran barangan tempatan dan antarabangsa hanya menggunakan kenderaan beroda dan juga kapal terbang, tetapi ini akan diperbaiki lagi di masa hadapan dengan penggunaan pengangkutan air dan juga keretapi.


TIPS & ULASAN